17/09/12...iui aku yang ke 3...Hospital Kajang.dgn Dr Adzlina...
Tarikh diatas merupakan tarikh yang sangat penting dimana akan menentukan usaha ku yang selama ini akn beroleh kejayaan untuk mendapatkan zuriat...( namun aku tahu hanya dgn izin Tuhan sahaja semuanya akan berlaku ).........Ya Tuhanku..sangat sakit kurasa bila proses iui dijalankan walaupun ini kali ke 3 aku buat iui....Namun aku bersyukur kerana "telur " yg diharapkan oleh doktor telah membesar sehingga ke 17mm..dan kesemuanya ada 5 biji....Alhamdulillah ..dan aku sangat teruja dgn iui ku kali ini...lebih2 lagi bila Dr Chong mengatakan peluang lebih tinggi dengan respon yg ditunjukkan oleh "telur " aku....
Rawatan ku kali ini berlainan dgn rawatan pertama dan kedua dimana aku diberi ubat subur "clomid"...tp kali ini aku diberi injection Folliova 75iu untuk bekalan 6 hari....atau lebih dikenali dgn suntikan FSH...( Follicle Stimulating Hormone...)....tapi untuk dos ini telurku hanya membesar sehingga 7mm shaja...aku sedih......dan dr sarankan aku menambah dos Folliova kepada 150iu..aku ikut sahaja bekalan utuk 3 hari sahaja.. ( oh ya sahabatku injection ini aku buat sendiri dirumah tau...) dan selepas dos dinaikkan aku diarah untuk review TVS pada hari berikutnya mengikut appointment...
pada hari berikutnya....................
bila aku d scan dr mendapati telurku telah membesar sehingga 16-17mm..wow aku happy........dan sebab itulah aku telah diaturkan untuk menjalani IUI......dan semoga usahaku dan atas kebaikan Dr Azdlina..kali ini berhasil...Amin.....
Dalam hatiku...semoga aku diberi peluang untik memiliki zuriat sendiri..hanya itulah harta yang aku ada.....
ruangan ini untuk tatapan kepada semua ahli keluargaku yang sudah lama tidak aku temui dan begitu juga rakan rakanku yang sudah lama menghilang.............
Isnin, 17 September 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Infertelity Checkup
Sebut sahaja pasal zuriat hatiku tersentuh...uhukkksss...apa dayaku aku belum dikurniakan zuriat walaupun usia perkahwinan sudah 5 tahun..( org dgr 5 tahun,masih baru lagi!!!) itu kata orang tapi aku dan suamiku sudah terlalu lama kami menunggu...org kata kalau tak usaha tidak nampak hasulnya...jadi aku pun pegilah hospital untuk buat " infertelity checkup" (aku buat ni last year untl now..heheh speking london kunun padahal berterabur...ahakss)...
langkah pertama: aku pegi klinik kesihatan..doktor tanya sakit apa??aku jawab nda sakit tapi nda da anak sudah 5 tahun kahwin...pas tu dia buat surat refer pegi hospital jumpa pakar O&G...
jadi aku pun pergi la..sampai disana aku d scan...( scan rahim ya pastu bukan diperut lagi tu..scan masuk bawah ??!!..hehehe sensored...ini contoh mesin scanner tu :
uishhh...panjang kan...bila nak masuk ni doktor suruh tarik nafas..supaya selesa bila dimasukkan..doktor tengok telur aku masih kecil lagi tidak matang...jadi aku disuruh makan clomid ( ubat subur 1 daily pastu hari ke 10 datang repeat scan "tbs" nda tau apa maksudnya.tapi makan sebiji telur tak besar2..makan 2 biji baru bagi respon tp nak makan 2 biji clomid tu kene tunggu period bulan berikutnya( tak boleh suka2 nak tambah dos)..sampai sahaja hari ke10..doktor pakar scan aku nama dia doktor norlia..dia tgok telur aku besar tapi 1 biji jer sebelah kiri..dia happy aku pun happy la...maknanya t6elur aku menunjukkan respon ( nak makan 2 biji baru bagi respon ya..)....doktor bagi tahu telur dah besar so aku kena dapatkan suntikan pregnyl..gambar dibawah ni tunjukkan rupa telur yang besar :
Subhanallah...kalau telur yang anda tengok didalam ni ada 5 biji dan kesemuanya subur..silap2 boleh dapat kembar 5...tapi doktor kata 1 biji yang paling atas tu yg sudah matang........mcm ni plak bentuk dan rupa injection pregnyl :aku tidak harapkan kembar 5 ...1 saja pun jadilah..adala jugalah penyeri rumahtanggaku...( kegembiraan suamiku lagi penting dari segalanya..)
injection ni diambil dlm tempoh 36 jam untuk prefer to iui..
tujuan injectin pregnyl ni untuk rangsang telur tu pecah dlm tempoh yang doktor mahukan sebelum iui dilakukan...fahaman aku laa...tp ni yg doktor cakap dengan aku...
gambar ni cuma duplicate dari google jer..nak bagi yang real tak buleh...hehehe...jaga aurat...tp mcm ni la keadaannya kalu buat iui....yg mcm mulut itik tu dlm **tut** tu dipanggil "spekulum" tujuan dia untuk membuka rongga alat sulit kita dan memudahkan lagi proses iui dilakukan....sakit juga beb..tapi tahan saja la...masa dimasukkan tu aku banyakkan doa semoga usaha aku ini membuahkan hasil..menitis airmata ku selepas selesai sahaja proses ini....YA ALLAH PERMUDAHKANLAH USAHAKU SEMOGA BERHASIL APA YG SUAMI DAN AKU INGINKAN.....
tapi iui ni tak juga berhasil 2 x buat iui tapi tidak berhasil juga....doktor sarankan aku buat iui lagi lepas hari raya puasa tahun ni....tapi aku tak makan clomid lagi dia kata..dia suruh aku ambil injection ..pastu kene inject sendiri...( belajarlah)...
mcm ni la kalau aku ambil injection...suntik diperut....huhuhu...YA ALLAH YA RABBIL...semoga usahaku kali ini berjaya....sedih tahap gaban sudah aku ni......Kepada sahabat yng membaca dan terbaca blog aku ni doa kan aku ya semoga berhasil menimang cahayamata sendiri......AMIN...!!!!!!!!!!
ni gambar anak buahku Arissa Adriana Binti Ezwan
comelkan baby ni...ni la penghibur hatiku dan suamiku...anah saudara pun jadilah...
tak sabar mahu timang anak sendiri.........
Ahad, 17 Jun 2012
Sekelumit Coretan Buat Insan bergelar BAPAK
"Selamat hari bapa" tapi bagi aku hari2 adlah hari bapa untuk aku....ya mmg betul kepahitan yang dilalaui seorang ibu tidak sama dgn kepahitan seorang ibu,emak,umi,mommy,mama.. mengandungkan kita yang bergelar anak....tapi bagiku..bapaku adalah seorang insan yang terlalu istimewa bagiku..tiada kenangan bersamanya yang aku boleh lupa..semuanya terpahat dipikiranku..bermula dari seorang lelaki yang gagah dan sehinggalah umurnya sekarang 60 an..tiada kenal erti rehat...
kerisauannya pada anak2 masih sama tiada berubah walaupun puteri2nya sudah berumahtangga...sering memberi nasihat..mengingatkan aku "ceng jangan tinggal solat,,sembahyang itu tiang agama..dan aku" ya pak kadang2 solat kadang2 ditinggalkan..." tidak pernah sekalipun lupa menasihati aku.....Ya Tuhanku berikan kesihatan kepada bapaku dan mamaku.......beri aku peluang untuk membahagiakan mereka berdua..menjaga makan minum mereka dan menguruskan mereka dari A-Z......
Nah ini gambar yang kuambil masa dia tengah kusyuk tengok cerita hindi....hehehe..bapaku penggemar filem bollywod...paling disukanya kalau pelakonnya Amitabh Bachan....Like Father Like me as a daughter...Luv u bapak....nnt ada masa lagi kita sama2 tgok ya cerita hindi....sambil2 makan sanggar cheese..peveret nya lisawati burhan ( adik pompuan bongsuku)...........
Selamat hari bapa sekali lagi......terima kasih kerana telah membesarkan aku adik beradik dengan penuh disiplin dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi...kepada abangku darwis..adikku anik dan lisa dan ijan sayangi mereka selagi mereka ada.........
Cintai Dan Kasihi Mereka Kerana Mereka Tiada duanya.........
Selasa, 12 Jun 2012
Takdir dan Waktu
Sebuah kehidupan adalah takdir daripada waktu yang telah ditetapkan sejak azali..Aku terpikir apakah yang aku ada hari ini adalah takdir untuk aku????..jika ya ini takdir untuk aku..aku terima baik dari cantik ataupun buruk....Waktu yang panjang telah diberikan pada kita untuk mencorakkan kehidupan yang kita ingini.....jujur aku akui aku bahagia dengan apa yang aku ada hari ini..( satu-satunya harta dan anugerah yang aku ada suami aku..dia amat menyayangi aku walaupun terkadang sikapku terhadapnya kuanggap keterlaluan...tapi ini juga mungkin takdir yang aku memang berjodoh dengannya...YA TUHANKU aku bersyukur denganMu......Waktu silamku memberikan aku kekuatan dan belajar untuk menghargai apa yang aku miliki hari ini....cuma satu yang membuatkan aku terkilan aku masih tidak mempunyai ANAK sehingga hari ini..usia perkahwinanku sudahpun mencapai 5 tahun...Apakah ini juga takdir untuk aku...?????????.....YA ALLAH perkenankanlah doaku....aku cuma ingin bahagiakan suamiku...
takdir jugalah yang membawa penghijrahan aku ke Semenanjung...Selepas berkahwin dengan suamiku yg juga orang sabahan aku terus berhijrah ke semenanjung ..untuk belajar berdikari.....kami nekad untuk menjalani hidup berdua tanpa orangtua....Asam garam hidup berumahtangga yg aku layari selama 5 tahun terlalu sulit untuk aku perjelaskan cukuplah sekadar kuluahkan yg tersurat dan yang tersirat biarah menjadi rahsiaku....
Isnin, 11 Jun 2012
EURO 2012
Semalam sampai pukul 3.30 pagi menemankan suamiku melihat perlawanan bola sepak antara Espana VS Italia...and off course la suami aku memilih pasukan negara spain coz ada cesc fabregas ex player Arsenal....terjerit-jerit..terpekik terlolong suami aku menonton....hishhh bingit telinga aku...aku marah dia,dia boleh jawab "kalau tgok bola mmg cam nie suasana dia baru best..ye la tp nak terpekik tu tgok la jam di dinding tu pukul berapa en suami...???
Tp oleh kerana mata nie tak tahan sangat mau tertutup..aku on aircond dalam bilik terus tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...bye bang....( suami aku)....ZZZZZzzzzZZZZZzzzz
Khamis, 7 Jun 2012
Hari ini sibuk sikit....maklumlah nak cantikkan blog...bagi jeles pada fatin kat sebelah,hahahhaaaa....tapi banyak percubaan tak menjadi geram sangat ni......"tiba-tiba aku dikejutkan denagn customer yg telah beli LCD...last2 datang kat kaunter secara mengejut boleh cari ARIAL TV or ANTENA TV....adussssss poning kopala ku...tv canggih mcm itu tiba2 nak pasang arial / antena......ciannnyaaa...aku apa lagi teruss promote ASTRO package Family RM 35 (ade ke ???) maksud aku suggest kat customer tu supaya gambar cantik la.......puas hati........
Tapi yang menggelikan hatiku...daripada nak caj pemasangan antena RM 30 terus tak jadi coz kecian tgok customer tu.....bagi servis free jer la....................
Langgan:
Catatan (Atom)
fikirkan
apa yang kita ada dan miliki hari ini....adalah apa yang kita cari dan usahakannya..jgn cuba menyalahkan orang lain sekiranya kita tidak dapat memilikinya.....




